Selepas dua tahun tidak menyambut kemeriahan Aidilfitri, pastinya ketibaan bulan Syawal kali ini dinanti dengan rasa teruja.<br /><br />Tidak terkecuali keluarga Rimah Karim di Likas, Kota Kinabalu Sabah yang bakal meraikan Aidilfitri bersama suami, anak-anak dan keluarga tercinta.<br /><br />kelonggaran sop sempena peralihan negara ke fasa endemik membolehkan mereka berkumpul semula dan meraikan hari kemenangan umat Islam ini, bersama.